Thursday, January 3, 2013

Salam....

Tetiba plak teman teringatkan Blog teman ni.. hahaha... cepat nye masa berlalu.. Udoh setahun lebih ropernya tak menjenguk Blog AKU MAHU.. huhu.  Lepas ni teman cuba untuk meng"update"kan Blog ni.. InsyaALLAH...

Peace no War ^-^

Sunday, April 17, 2011

Ulangtahun Kelahiran Muhamad Ridhwan - 3 Tahun

Maaf sebab dah lama tak membuat posting di sini.


Hari ni genap usia 3 than anakku Muhamad Ridhwan Idris.  Walaupun besdaynya hari ni tapi buat sambutan semalam di Kampar, Perak.  Semuanya kerana hari ni hari bekerja, so, ambil peluang menyambutnya bersama adik-beradik aku.


Pejam celik pejam celik...dah 3 tahun umurnya. Rasa baru je semalam dia lahir..huhu.. masih teringat masa mengandungkan dia.. Ada kencing manis..terpaksa cucuk insulin dari start ngandung hingga lahir.  Keluar masuk hospital dah menjadi biasa buatku.  Pantang tinggi bacaan gula dalam darah kena la masuk wad dalam seminggu.  Dah naik bosan duk spital. 




Bergambar semasa di PPUM


Genap 38 minggu, Dr PPUM dah bagi tarikh untuk di'operate'.. seperti biasa Dr bagi cuba juga untuk bersalin normal. So, Dr masukkan ubat untuk membuka ruang baby keluar.  Lepas 6 jam..hanya 1 cm jek buka.. erm.. dengan keadaan takut... dengan orang disebelah katil menjerit2 kesakitan bila Dr. pecahkan ketuban dia.. lagilahhh seram..hehe..


Akhirnya, aku membuat keputusan untuk menjalani pembedahan demi keselamat aku & baby.  Sebelum tu aku nak sangat jumpa hubby di luar wad... takut apa2 jadi kan..so, baik mohon ampun segala bagai..hehe.  Masa Dr nak keluarkan baby...aduyai..ditekan2 untuk keluarkan kepala...rasa senak tak bernafas pun ade..tp bila baby dah keluar..dengar tangisan dia...menitis air mata ku.. dan aku tanya kepada Dr...baby boy or girl.. dan nurse tunjukkan 'bird' kat aku.  Bukan apa, dalam masa mengandung, 2 kali scan.. 2 kali gak Dr ckp baby girl....hahaha...aku memang nakkan anak lelaki biar pun sedozen..leh wat pasukan bola sepak.  Tapi ntah la..bila la lagi nak mengandung eh..hehe.. dengan keadaan ku dan umur yang semakin meningkat. 


Bila dah masuk wad...selalunya nurse akan hantar baby dekat kita..aku pun pelik dah masuk hari esok pun, nurse tak antor baby..pelik. rupanya baby kat nursery di bawah sebab "Hypo" - kurang gula.  Tu la effect bila ibu mengandung guna insulin masa mengandung... effect pada baby.  Nasib baik baby tak teruk..ade lagi teruk dari dia masa tu..sian bila tgk baby kena diambil darah darah kakinya.. sedih2.


Dalam masa yang sama, baby kena kuning pulak..aduyai..macam2. Tp alhamdulillah hari kelima keluar dari PPUM.  Berpantang di Kampar, Perak.

Apa-apa pun SYUKUR ke hadrat ILAHI kerana memberi peluang aku merasa mengandung & melahirkan baby lagi.  Sekiranya ada lepas ini, itu adalah satu REZEKI..dan sekiranya ridhwan tiada adik lagi..itu sudah KETENTUAN dari ALLAH.


Tembam - 3.48 kg


Bersiap untuk keluar dari PPUM



Upacara memotong kek oleh Ridhwan dibantu Abangnya.. Ehsan

Masa lahir besar..tapi sekarang kecik je badannya.  Tak kisah la kan janji dia sihat.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Muhamad Ridhwan. Ummi doakan Adik berjaya Dunia dan Akhirat. Jadilah anak yang Soleh dan mendengar kata Ummi & Ayah.. Amin

Thursday, April 7, 2011

Fenomena "Usop Wilcha" - HKLBR

Pagi-pagi lagi dah dengor Hot Fm.. orang yang ditunggu-tunggu USOP WILCHA.. haha..dengor nama pun dah kelakor. Bangga sebab dia asei dari Kuale Kangsor, Perak..cakap perak sepenuhnye.. glamer kejap orang perak.

Nama sebenornya Syed Mohamad Asri atau dipanggil Shy8 sebab dia ni pemalu katenya.. sekang idok dah kot sebab bakatnye dah dicungkei oleh Abg Mamat Khalid.  Rupernya di Usop Wilcha ni pronah merakam album dalam tahun 1996 ....lagu ciptaannya "Terasing di bumi sendiri" .. best gak lagu ni.. biasa dengor.. tp tak tau pulak si Usop ni yg punya.  Dengor ler.. dilampir youtube lagu dia..


video

Harap lepeh ni bertambah glamer ler dia ..org Kampung Pisang, Kuale gak dpt nama..hehe.. Tahun depan kita undi dia pulak orang paling FOFULER..hehe

Perkataan yang menjadi ikutan sekarang
- Kita bakor, kita bakor
- Nampak sangat penipunyer
- Kita datang sini nak bakor, bukan poco-poco
- Saper setuju ngan awok, sila angkat tangan macam ni
- oooo Solley Solley..so ley ley.. solley solley

Ni lagu Solley-Solley tu

video

Wednesday, April 6, 2011

Lawak Melampau.. hihi :P

video
Aku suka sangat..hehe

Tanda Lelaki Sayang kita... :)

Tajuk yang menarik perhatian aku.... sayang ke??


Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.


Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.


Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.


Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.


Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!


Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!


Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..


Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.


Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.


Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.


Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.


Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.


Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.